Thursday 18/08/2011 Kumpulan Felda Global akan membuat sumbangan kepada tiga buah rumah kebajikan dan anak-anak yatim sempena Ramadhan dan sebagai persiapan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Pengerusi FELDA, YB Tan Sri Haji Mohd Isa bin Haji Abdul Samad akan menyampaikan sumbangan tersebut kepada wakil rumah-rumah kebajikan ini serta kanak-kanak yang juga penghuninya, pada ketetapan berikut: Tarikh : Khamis 18 Ogos 2011 Masa : 5.00 petang (diikuti dengan Buka Puasa) Tempat : Pusat Konvensyen Sime Darby 1A Jalan Bukit Kiara 1 60000 Kuala Lumpur PROGRAM: 4.30 petang : Ketibaan para jemputan 5.00 petang : Bacaan doa 5.10 petang : Kata-kata aluan 5.20 petang : Tazkirah 6.20 petang : Bacaan Al-Quran dari pelajar tahfiz Madrasah Al-Nuriah 6.30 petang : Penyerahan duit Hari Raya kepada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz 6.50 petang : Rehat 7.26 petang : Buka puasa 7.45 petang : Sembahyang Maghrib at Ballroom 1 8.00 petang : Makan Malam 9.00 petang : Sembahyang Isyak berjemaah dan Sembahyang Terawikh berjemaah di Ballroom 1 9.30 petang : Moreh dan bersurai Majlis ini juga akan dihadiri oleh Dato’ Sabri Ahmad, Presiden Kumpulan Felda Global, di samping para Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan yang lain serta para tetamu yang diraikan iaitu kanak-kanak dari rumah-rumah kebajikan, madrasah dan rumah anak yatim. Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut. SUMBER: Felda UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI: NAMA : Tengku Adrian / Haslina Jazlin Komunikasi Korporat TEL: 03-2694 7236 / 016 696 0292/ 03-26931105 EMEL : adrian.ismail@felda.net.my TARIKH SIARAN: 18 OGOS 2011 DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA (MREM) | |
Thursday, 25 August 2011
KUMPULAN FELDA GLOBAL MENCERIAKAN KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK DENGAN SUMBANGAN TUNAI RM15,000 DAN DUIT RAYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment